Sulaman Hajah Rosma

Tepat pukul 10.00 pagi kami dibawa ke lokasi  Sulaman Hjh Rosmah di Kampung Baso. Mengikut sejarahnya, dikatakan  satu ketika dahulu Hajah Rosmah adalah seorang guru. Ketika ke sekolah beliau selalu  memakai pakaian  yang disulam sendiri. Sehingga rakan-rakan berkenan dengan hasil kreativitinya. Bila dewasa, Hjh. Rosmah telah membuka  bengkel sulaman sendiri. Pada peringkat awal, beliau membuka bengkel di rumahnya. Lama kelamaan industri sulaman ini semakin membesar.

Dikatakan juga beliau telah mengambil anak-anak orang kampung yang tak mahu ke sekolah bekerja dengannya. Beliau membuka kelas sulaman. Semasa kami  datang melawat terdapat 6 pekerja sedang membuat sulaman. Selain daripada itu ada bilik pameran untuk pelancong-pelancong yang melawat. Memang mengkagumkan

Kami dapati, semasa lawatan diadakan terdapat

  1. Sebuah surau yang dibina oleh Hjh Rosmah untuk kegunaan orang kampung. 
  2. Rumah asal  Hjh Rosmah  sebagai nostalgia.
  3. Rumah kediaman Hjh Rosmah (Banglo) Yang cukup indah.
  4. Bilik pameran hasil sulaman.
Apa yang mengkagumkan kami lagi, beliau tidak tamak. Di bahagian hadapan  banglo adalah rumah-rumah orang miskin di mana beliau tidak tamak. Masih berkongsi dan member laluan kepada orang-orang miskin untuk memdapatkan peluang pekerjaan. Dikatakan juga Hjh Rosmah suka membantu golongan miskin untuk meneruskan penghidupan.


Sulaman yang menarik










Pelbagai bentuk sulaman yang menarik







Beberapa pekerja sedang tekun membuat sulaman di bengkel Hjh Rosma. Di bahagian belakang adalah Pak pemandu pelancong kami.






Gambar kenangan bersama Hjh Rosma di ruang  bilik pameran. Kini Hjh Rosma berusia 85 tahun







 Hjh Rosma juhga masih mengekalkan rumah kediaman yang lama. Masih terjaga dengan baik dan rapi sebagai  warisan sejarah. Dari rumah yang dibina dapat kita liha bertapa  kesungguhan Hjh Rosma meempunyai semangat jati diri yang tinggi . Beliau mempunyai wawasan dalam membangunkan  visi dan misi  Sulamannya.









 Rumah  kediaman Hjh Rosma  yang lama










 Rumah kediaman Hjh Rosma yang baru









 Surau yang dibangunkan sendiri oleh Hjh Rosma untuk kegunaan orang kampung. Surau ini digunapakai oleh penduduk-penduduk  pesekitaran dengan tempat kediaman Hjh Rosma.








 Rumah  Pameran Sulaman Hjh Rosma

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls