Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, kami dapat menikmati pemandangan yang indah di sepanjang pantai Padang Kawasan perkampungan yang unit dengan sawah hijau yang menyegarkan. Kami singgah di Air Terjun Lembah Anai.
Air Terjun Lembah Anai kelihatan menarik dan ramai pengunjung datang ke sini. Bas yang membawa kami berhenti seketika. Kami sempat mengambil foto. Ramai pengunjung samada penduduk dari Bukit Tinggi atau dari Padang. Dikatakan airnya yang bersih dapat mengubati banyak penyakit. Tapi yang unik di sini tida kelihatan pelancong mandi manda. Barangkali kerana lubuk pusarnya yang dalam.
Kami masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran. Tapi ini semua telah termasuk dalam pakej yang kami ambil dari Pak Benni. Di bahagian hadapan Air Terjun ini tedapat jalan utama yang menghubungkan antara Bukit Tinggi dengan Padang di Sumatera Barat.
Ait Terjun Lemhah Anai yang indah