Istana Selindung Bulan di Batu Sangkar

Istana Baso Pagar Ruyung


Istana Baso Pagar Ruyung
Kami telah dibawa ke Istana Baso Pagar Ruyung. Kami sampai di sini tempat pukul 12.30 tengahari. Istana ini mempunyai bentuk yang mengkagumkan. Mempunyai ciri  Minangkabau. Bentuk yang menarik dan unik dapat menarik para pelancong ke sini.

Berkuda

Di pesekitaran istana Pagar Ruyung ini disediakan kemudahan untuk menunggang kuda. Bayaran yang dikenakan ialah Rp 10,000.00 untuk sekali tunggangan. Kami tidak melepaskan untuk mencuba menunggang kuda. Sungguh seronok sekali. Istana Pagar Ruyung ini mempunyai kisah yang tersendiri.
Naik kuda

Di bahagian hadapan  Istana Baso Pagar Ruyung ini terdapat kedai-kedai untuk para pelancong. Di antara kedai di sini  ialah kedai menjual barangan cenderamata seperti topi, keychin, baju, seluar dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga terdapat kedai menjual makanan dan minuman ringan seperti air botol dan kuih muih.

Di bahagian hadapan kedai ini terdapat hentian bas tempatan. Kebanyakan perkhidmatan bas di sini ialah memberi perkhidmatan dari Pagar Ruyung ke Paya Kumboh iaitu jalan yang menuju ke Pekan Baru Sumatera. Bas di sini agak menarik dan berwarna warni. Kelihatan ala rock.


Bas Rock
 Bas  dari Istano Baso Pagar Ruyung  merupakan bas tempatan. Perkhidmatan bas ini  ialah dari  Paya Kumbuh ke Istano Baso Pagar Ruyung. Kelihatan menarik. Bagi pelancong dari luar ini agak pelik. Didalam bas ini disediakan speaker yang bunyi9nya kuat bagi menghiburkan para penumpang.


















Sebuah bangunan yang terletak di sebelah Istano Baso Pagar Ruyung

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls