Hari ketiga kami menginap di Hotel Pangeran Pekan Baru
Kami sampai di Hotel Pangeran Pekan Baru pukul 6.30 petang. Kami check ini. Kami diberi layanan yangh baik oleh pekerja hotel. Kami difahamkan hotel ini bertaraf 4 bintang di Pekan Baru. Kami menginap di bilik 311. Sementara rakan-rakan yang lain kebanyakannya menginap di lantai 3 hotel berkenaan.
Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel ialah TV LCD, peti asi, almari, katil, bilik air yang mempunyai kemudahan yang canggih dilengkapi dengan telefon dan sebagainya. Kami merehatkan badan sehingga pukul 8.00 malam. Ketua rombongan kami memberi masa yang agak terhad kerana selepas ini kami akan makan malam di Rumah Makan yang jauhnya kira-kira 5 km dari Hotel Pangeran Pekan Baru. Oleh itu setelah kami mandi dan merehatkan diri, kami bersiap untuk keluar pada pukul 8.00 mmalam seperti yang terdapat dalam jadual laweatan kami.