Kira-kira pukul 11.30 tengahari kami sampai di sini. Kami boleh menjamu selera di restoren yang disediakan. Kami boleh mendapatkan minuman secara percuma yang disediakan oleh pihak pengusaha. Misalnya kopi o dan daun kopi yang sentiasa panas. Layan diri adalah perkhidmatan yang disediakan di sini. Kami juga boleh mencuba makanan ringan dan pisang salai yang boleh didapati di sini. Pelancong boleh menjamah makanan seberapa banya yang mereka suka asalkan tidak dibawa balik.
Perusahaan membuat pisang salai
Perusahaan membuat kerepek di sini dilakukan oleh kaum wanita. Kebanyakan nya orang Minang.Antara produk yang dikeluarkan ialah
- pisang mentah
- pisang salai
- pisang digoreng
- Ceker ayam (guna cetak congkak)
Satu lagi tempat yang boleh kami lawati ialah perusahaan membuat kopi. Kami ke kilang berkenaan. Proses secara tradisional diadakan di sini. Kami berpeluang melihat dari dekat bagaimana kopi diproses. Begitu juga proses pembungkusan diadakan di sini. Pembungkusan dibuat secara manual oleh pekerja yang mahir. Kebanyakan daripada pekerja di sini adalah kaum wanita. Kelihatanm mereka bekerja secara tekun tanpa mengiondahkan para pelancong yang datang. Hanya beberapa pekerja lelaki yang ada iaitu di bahagian memasak kopi menggunakan mesin.
Bergambar di tempat memproses kopi
Tempat menikmati minuman kopi secara percuma
Minuman yang dihidangkan secara layan diri ialah
- Kopi
- Daun kopi (daun kawah)
- Daun Melbary
Video di atas adalah mengenai perusahaan membuat kerepek, pisang salai, ceker ayam , membuat kopi di Kampung Tabek Bukit Tinggi, Sumatera Barat.(Rabu-01 Jun 2011)