Padang
21:49
http://amin-learn.blogspot.com
Padang
Kami meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau Padang pukul 9.00 pagi. Dalam perjalanan, terdapat pemandangan yang indah dan menarik . Kami diberi maklumat oleh Pak Benni trentang Kota Padang. Oleh kerana kami agak lapar, kami singgah di sebuah rumah makan.
Di sini kami menjamu selera. Tapi kami makan untuk alas perut sahaja sementara menunggu untuk makan tengahari di tempat yang telah ditentukan oleh Pak Benni. Masakan di sini adalah masakan Padang. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih oleh pengunjung. Makanan di sini adalah halah . Masakan orang Minang. Lamun Ombak adalah rumah makan yang kami singgah. Rombongan kami seramai sebelas orang semuanya menikmati masakan padang di rumah makan ini.
Selepas makan, kami dibawa melawat ke bandar Padang. Mengikut Pak Benni, bandar Padang satu ketika dahulu dilanda gempa bumi yang dahsyat. Keadaan ini berlaku pada tahun 2009. Kesan gempa bumi dirasai oleh penduduk Padang sehingga kini. Misalnya Hotel Ambachang telah runtuh sama sekali dan mengorbankan puluhan nyawa. Begitu juga beberapa bank di Padang telah ranap akibat gempa bumi berkenaan. Kami dapat rasai,l penduduk padang mengalami kesan yang sungguh mengerikan.
Dalam perjalanan ini juga kami di bawa melalui Jambatan Siti Nurbahaya Jambatan ini mempunyai kenangan dan sejarah yang tersendiri.
Selepas itu kami singgah di pantai Padang. Inilah satu-satu pantai yang menjadi kebanggaan penduduk Padang. Mengikut Pak Benni jumlah penduduk padang ialah 2.1 juta orang Kegiatan ekonomi penduduk Padang ialah berniaga, memberikan perkhidmatan, menjalankan aktiviti pelancongan dan juga bekerja dengan kerajaan. Kami dapati pantai Padang agak indah dan cantik yang boleh dinikmati oleh para wisata (pelancong) yang datang ke sini.