Kelok 9 - Sumatera Barat

Kelok 9
Kelok 9  adalah satu tempat yang menghubungkan antara Pantai Barat Sumatera dengan Pekan Baru Kelok 9 adalah  tempat  di mana jalan di atas banjaran. Kelok ini  adalah jalan yang bengkang bengkok  yang mempunyai selekoh yang tajam.Untuk  kenderaan yang panjang amat sukar untuk melalui jalan ini. Semua kenderaan kecil perlu bergerak perlahan kerana keadaan permukaan jalan yang sungguh merbahaya kepada pengguna jalan raya.

Pemandangan di Kelok 9 ini amat menarik.  Suasananya sungguh indah  indah. Kami dapati satu jalan baru sedang dibina. Mengikut Pak Benni, Jalan itu telah 5 tahun dibina tetapi masih belum siap  lagi. Jika kami lihat, pembinaan jalan ini  memerlukan masa dan tenaga. Kosnya pula amat besar .

Jalan baru yang dibina,  jika siap nanti adalah seperti animasi di atas. Kami amat kagum melalui jalan ini. Kadang-kadang rasa seronok. Ada masanya melalui jalan ini amat mengerikan kami.Menurut Pak Benni lagi oleh kerana  jalan yang sebegini rupa, masa perjalanan  dari Bukit Tinggi ke Pekan Baru  mengambil masa 6 jam  30 minit. Jaraknya cima 250 meter sahaja. Kenderaan tidak boleh dipandu laju.

Rancangan Kelok 9 Sumatera Barat



 Kelok 9 ini menghubungkan antara Bukit Tinggi dengan Pekan Baru, Riau yanmg jaraknya lebih kurang 220 km.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls