Kedai Makan Kurnia Illahi

Kami telah melepasi Danau Buatan iaitu satu Danau yang terletak antara  Bukit Tinggi dengan Pekan Baru. Danau buatan ini kelihatan indah dan dapat menarik pengunjung. Sepatutnya kami berhenti di Danau ini. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kemi  meneruskan perjalanan ke Pekan Baru agar tidak kelewatan dari masa yang dijangkakan.

Kami singgah makan tengahari di Rumah Makan Kurnia Illahi. Waktu menunjukkan pukul 3.00 petang. Kami kelaparan setelah  beberapa jam menaiki bas. Di keda makan ini kami dihidangkan dengan  masakan Minang (Nasi Padang). Sejak dari hari pertama lagi kami  sentiasa makan masakan  Padang. Ini kerana tiada pilihan lain. Apa yang pasti makan di  Rumah Makahn masakan  Padang adalah halal.

Menu makan tengahari ini ialah ikan, ayam goreng, masakan daging lembu, sayur-sayuran dan sebagainya. Apa yang kami perhatikan, semua masakan ini telah lama di masak. Jadi hidangan yang kami nikmati tidaklah  sesegar yang baru dimasak. Oleh kerana  kami kelaparan, maka kami makan jugalah.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls