Rumah Makan Nelayan adalah sebuah restoren yang menampilkan konsep nelayan. Kami sampai di sini kira-kira pukul 9.00 malam. Rombongan kami diberi hidangan makanan yang panas dan segar. Kami sempat meninjau permis rumah makan ini. Kelihatan menarik dan berada di tengah-tengah sawah. Di bahagian bawah rumah makan adalah kolam /dipenuhi air untuk ternakan ikan air tawar.
Menu makanan malam ini ialah sayur taugea, kangkong goreng, sotong goreng tepung, ikan bakar dan lain-lain lagi. Kami dapat rasakan masakan pada malam ini adag berbeza berbanding masakan sebelum ini iaitu hanya makan masakan padang. Kami makan dengan penuh selera,
Di rumah makan ini juga kami diohiodangkan dengan halua telinga dengan beberapa lagu secara life. Memang ada konsep yang dketengahkan dalam rumah makan malam ioni. Kami dapati mereka yang datang ke rumah makan nelayan ini adalah terdiri dari golongan yang berada.
Kami menghabiskan masa di sini kira-kira 1 jam 30 minit. Sempat juga kami mengambil gambar di kawasan pesekitaran rumah makan nelayan di Pekan Baru ini.
Kami difahamkan oleh Pak Benni, penduduk Pekan Baru adalah terdiri dari orang Melayu, Orang Minang dan orang Batak. Orang minang dan orang Batak adalah golongan dominan. Orang Melayu adalah segelintir sahaja di kawasan Pekan Baru.
Kegiatan ekomnomi di Pekan Baru adalah berniaga, hasil kelapa sawit dan cari gali minyak. Kami juga diber tahu bandar Pekan Baru bukanlah bandar pelancongan. Ia lebih merupakan bandar perniagaan.
Kawasan persekitaran Restoran Nelayan pada waktu malam di Pekan Baru