Selepas check out , kami terus menuju ke Pasar Bawah di Pekan Baru. Jarak antara Hotel Pengaren dengan Pasar Bawah lebih kurang 8 km iaitu mengambil masa kira-kira setengah ja. Perjalanan menaiki bas agak lambat memandangkan keadaan jalan yang agak macit. Tempat pukul 10.00 pagi kami sampai di Pasar Bawah.
Ketua rombongan kami Rn. A. Rahman memberi masa satu jam untuk kami membeli belah. Kami berjalan kaki kira-kira 50 meter memandangkan bas tidak boleh memasuki kawasan pakir Pasar Bawah.
Lantai bawah kami dapati terdapat ruang untuk perniagaan barangan harian seperti ikan bilis, bawang, beras, kicap dan sebagainya. Lantai 2 menjual barangan seperti pinggan mangkok, cawan piring. Tidak ketinggalan barangan cenderahati dan barangan kulit ada dijual di sini.
Lantai 3, menjual barangan pakaian seperti tudung, kain, baju, seluar untuk keperluan awam. Kebanyakan pembeli adalah penduduk tempatan yang kebanyakannya terdiri dari orang Minang, orang Batak. Tidak ketinggalan juga terdiri dari orang-orang Melayu.
Sebuah masjid yang terletak berdekatan dengan Pasar Bawah
Jalan menuju ke Pasar Bawah di Pekan Baru , Riau