LCCT


LCCT

Kemi memulakan perjalanan  dari rumah mulai pukul 12.00 malam 30/06/2011. Kami menaiki van yang disewa khas. Kami sampai di LCCT lebih kurang pukul 4.00 pagi. Di sini kami terpaksa menunggu sehingga  check ini dibuka. Oleh itu  kami merehatkan diri buat seketika di LCCT. Tidur lah di mana sahaja yang difikirkan sesuai sementara check in dibuka. Kami dapati  di LCCT memang sentiasa hidup. Ramai  penumpang menunggu  di LCCT untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Lebih kurang pukul 5.00 kaunter check ini dibuka. Kami  membuat check in di S23  iaitu penerbangan untuk menuju ke Padang, Sumatera Barat. Lebih kurang pukul 6.00 pagi urusan check ini selesai.  Sementara menunggu untuk berlepas, kami  menunaikan solat subuh  di surau LCCT. Sempat juga kami  mengisi perut  yang sedang kelaparan.

Lebih kurang pukul 6.30 kamu  mula masuk ke terminal di pintu T14 untuk penerbangan ke Padang. Penerbangan  akan bermula pukul 7.50 pagi. Sekali lagi kami terpaksa menunggu di ruang menunggu.Kami dapati ramai penumpang lain yang sama tujuan sedang menunggu duntuk penerbangan.

Di sini sekali lagi kami dapat berehat sebenar. Kira-kira pukul 7.50 kami  dibenarkan masuk ke pesawat. Tempat pukul 7.50 pagi pesawat  AK  470 berlepas ke Padang.

Perjalanan ke Lapangan Terbang Antara bangsa Padang Sumatera Barat mengambil maswa  lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami  mendarat  di International Airport  tepat pukul 8.10 pagi waktu Indonesia. Kami  dapat melepasi  pemeriksaan imigresin dengan selamat. Di sini kami disambut oleh Pak Benni yang sedang menunggu  rombongan kami.
Akhirnya kami selamat sampai di Padang.





 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls