Di bahagian belakang Rumah Makan ini pula ada ternakan seperti kerbau, ayam, itik dan angsa. Apa yang unik ialah ternakan ini diletakkan dalam satu kawasan iaitu satu petak padi. Rumah makan ini disediakan untuk para pelancong sama ada pelancong tempatan atau pelancong dari luar negara.
Tidak jauh dari rumah makan ini juga ada seekor burung hantu yang dijadikan tarikan pelancong. Menarik dan unik sekali.
Sekali lagi kami dihidangkan dengan makanan Minag (masakan Padang). Antara menu utama ialah ikan, sayuran. sambal yang diberi secara gratis. Daging juga disediakan dengan pelbagai jenis masakan padang. Apa lagi perut tengah lap[ar. Kami makan dengan penuh selera sekali.
Sebeluim meneruskan perjalanan kami solat di surau di Pondok Flora ini. Harapan dapat menjimatkan masa untuk agenda yang seterusnya. Lebih kurang 1 jam kami berada di sini.
Penulis bergambar di belakang Rumah Makan Flora dengan latar belakang sawah padi
Burung hantu yang jinak dan mesra kepada pelancong yang datang
Papan Tanda Pondok Flora
Peta menunjukkan dedudukan Pondok Flora
Rumah Makan Pondok Flora
Rumah Makan Pondok Flora (Pandangan Hadapan)
Membeli belah di Pondok Flora

Pondok Flora yang indah