Pasar Atas Bukit Tinggi

Kami bersiap untuk meneruskan perjalanan. Pukul 8.00 pagi kami berkemas dan memasukkan semua barang ke dalam bas. Kami memulakan perjalanan ke Pasar Atas. Bas berhenti di kalawan pakir Pasar Atas. Masa yang diperuntukan untuk kami berasa di kawasan ini selama sejam. Oleh itu kami gunakan masa yang diberi semaksimum yang boleh.


Kami mengambil foto di persekitaran Pasar Atas. Antara yang menjadi tumpuan kami ialah
  1. Jam Gadang
  2. Pasar Atas
  3. Kereta kudu (dikenali sebagai  bendi) untuk para pelancong
  4. Barangan  kulit
  5. Pakaian
  6. Kedai  menjual cenderamata



Penulis bergambar dengan latar belakang Jam Gadang










Jam Gadang-Perjalanan Sejarah














Bukit Tinggi Pasca Gempa









Di bahagian sebelah Pasar Atas, terdapat sebuah Pasar Raya yang dikenali Pasaraya Bukit Tinggi. Pasaraya inilah satu-satunya  gedung membeli belah yang berhampiran dengan Pasar Atas. Di sini terdapat pelbagai barangan seperti pakaian, alatan dapur, mainan kanak-kanak, alat tulis dan sebagainya. Pasaraya ini dilengkapi kemudahan seperti tempat  berehat, toilet, dan juga  restoran untuk para pengunjung.



Bendi  sedang menanti kunjungan wisata. Sedia berkhidmat membawa wisata keliling Pasar Atas








Destinasi ke Pasar Atas ini sepatutnya kami  tempuhi pada hari pertama kami tiba di Bukit Tinggi. Oleh kerana masalah masa, kami  gantikan pada hari ketiga.Hari ketiga kami berada di Bukit Tinggi, kemi ke Pasar Atas. Kami diberi masa kira-kira sejam sahaja untuk  beli belah di isni. Kami rasakan  sejam tidak mencukupi di isni. Walaubagaimana pun kami akur dengan jadual yang ditetapkan kerana selepas ini kami  akan meneruskan  perjalanan ke Pekan baru yang jauhnya kira-kira 220 km dari Bukit Tinggi.

Selamat tinggal Bukit Tinggi. Sekali lagi kami  menempuhi perjalanan melalui Kelok 9 yang  dianggap jalan yang mencabar di kawasan Paya Kumbuh. Kami kagum kerana  satu perancangan  Jambatan  yang untik  sedang dibina  di kawasan ini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls